Ok sebenar gua dah kecapekkan nak mengupload dan menaip, tapi gua gigihkan jua demi sahaja mahu memecah rekod mengupdate blog secara consistant. Selepas berjalan di tgh panas di Taman Tamadun Islam itu, marilah kita ke Muzium Negeri pula. Jikalau lu orang datang dari Losong, lu orang akan nampak muzium ini terlebih dahulu then baru lah bertemu dengan Taman Tamadun Islam. Tapi kompom tak sesat punya sbb papan tanda di merata rata perlusuk alam. Kalau sesat juga maknanya buta hurup atau buta hati. Ok tak kelakar.
|
*kat tempat parkir pun jadik nak bergambar* |
Bayaran masuk gua dah lupa. Kamera pula tidak dibenarkan masuk, tp knowing gua as a blogger despret, pandai pandai la snap gambar. Jangan gari saya. Didalam ini ada banyak seksyen. Setiap ruangan sangatlah meluas, jadi tak de la bersesak sesak walaupun di penuhi rombongan sekolah. Gua amat mengkagumi seni bina bangunan muzium ini, mengingatkan gua pada seni bina Galeri Perdana di Langkawi pula. Bangun penuh dengan dengan ukiran ukiran yang menakjubkan. ok kagum
|
*Kalau drive pegi keje ni best leh langgar smua kereta yang berkurang ajar* |
Di bahagian luar ditempat beberapa kenderaan penting dalam sejarah, sepertinya kereta yang yg pernah digunakan Sultan Trengganu, Proton Saga keluaran terawal, pesawat ringan dan beberapa kenderaan askar. Ok ayat gua dah mula macam buku sejarah sekolah.
|
*macam semut jadinya* |
|
*alamak nampak jari gua di hujung gambar, mintak halal je la* |
|
*Jenis jenis burung burungan tempatan yang kejung* |
Ada satu seksyen itu menampilkan segala haiwan haiwan yang telah diawet. Ini mengingatkan gua kepada Muzium Negara suatu ketika dahulu di mana di sana juga ada menempatkan haiwan haiwan yang telah diawet. Tapi ada few haiwan setelah di awet menjadi way too creepy. Menyeramkan, menakutkan dan menggelikan. Paling tak boleh blah ular yang diawet dan diletakkan di dalam balang. Geli gelemat.
|
*ingat kat muzium tepeng je ada musang zombie, kat sini pon ada deh* |
|
*Gua tak rasa penyu ni adalah awey, rasa macam replika je, sebab cantik je rupa parasnya* |
|
*Kejadian menunjuk kan Stesen NGV terawal, pls exclude modelnya* |
Diruangan petroleum ini mempamerkan segala macam info tentu industri cari gali di Malaysia. Dari kawasan menggali, kapal galinya hingga teknologi terkini dalam kekdah memproses minyak mentah. bagus muzium ni. Ia juga mencerita kan tentang industri perminyakkan di negara Malaysia ini.
|
*Rimau yang rupa macam kambing, dalam gambar cantik, kalau tgk secara langsung, cam cacat* |
|
*Gua tak paham kenapa gua snap pic ni, tapi cam gayanya menunjukkan rekahan dibawah laut semasa kerja2 menggali* |
|
*Gerudi yang digunakan* |
|
*Gerudi yang di gunakan dari kejauhan bersama model yang pura pura membaca keterangan* |
Ok pada lu orang yang ke Terengganu, gua mmg cadangkan ke Muzium Negeri ini, berbagai info boleh diperoleh di sini. Bayaran masuk juga berpatutan. Cuma satu sahaja, di harap pihak muzium dapat membuka semula kafe untuk para pengunjung. Sorry i cant help tulis like artikel pelancongan, damn it. ok bye
Farid kata: Satu entri sahaja tinggal untuk menutup cerita trip kali ini.
Published with Blogger-droid v2.0.6
No comments:
Post a Comment