Wednesday, September 5, 2012

Ganu kita pt3

*nasi yang tidak diketahui identitinya*

Masuk hari kedua, bangun pukul 10, terus mandi manda, dengan niat mahu ke Pasar Payang. It was like so makcik, disebabkan ini adalah kali pertama Kemal ke Terengganu, jadi kita pergi jua lah. Smua pun macam pernah pegi Pasar ni kan? macam macam ado. Dari telur penyu sampai ke keropok, pakaian dan periuk belanga. 

*cawan nescafe tapi isi dalam teh tarik, saya tak minum nescafe -harap maklum*

Tapi sebelum mulakan penjelajahan, moleklah kiranya kita bersarapan dulu, kerana dari resort tadi gua sempat tegok fresh orange sahaja. Bahagian atas pasar payang ni ada food kot, pilih punya pilih, kami duduk lah di kedai tepi skali. Pastu tgk muka makcik yang jaga, ok serious makcik ni sangat menakutkan, kerana riak mukanya sangat sangat sangat garang dan memang beliau garang. Beliau berdiri sahaja sebelah meja tanpa tanya sepatah ayat pon. What to do. Order je la laju laju. Kemal ke meja sebelah capai nasik dengan ikan masin dalam mangkuk. Ok gua tak tau nasi apakah itu, jadi kita balun sahaja.

Sedang makan makan, tiba lah segerombolan keluarga yang terdiri dari ramai makcik dan pakcik. Seraya seorang pakcik berkata kita makan sini la *merujuk kedai makcik garang. Sebelum duduk, seorang lagi makcik memberi kan cadangan "sambung meja, sambung meja" dan dengan tidak semena mena makcik garang keluar "Meja ni tak boleh sambung!" terkulat kulat makcik pakcik berkenaan. Hey apa ni, nak meniaga tapi garang tak bertempat. wtf wtf wtf

*knp muka gua jadi begini? sebab makcik garang ada di hadapan ketika gambar ini di rakam*

Selesai dengan makcik yang garang itu, maka sambung lah jalan. Gua beli keropok, fridge magnet dan keychain sajok, kemal membeli patung penyu untuk makwe beliau di kampung. Ok tu je

Farid kata: *capai mic nyanyi lagu rossa "hey ladies" khas untuk makcik garang tu, supaya dia terhibur lalu tak garang lagi

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis