Last weekend gua sama mak ngan apak gua pi makan kat kedai yang biasa kami makan di Seremban. Kedai ni mmg slalunya lengang. Masa tu keadaan adalah hujan merenyai. Kedai makan ni adalah besar, slalu gua mmg port diluar sahaja, demi sahaja senang nak merokok.
Pastu sbelum duduk gua perasan ada sorang pakcik tua yang duduk lelepak merokok selang satu meja. Belum sempat kami memesan makanan, terus pakcik ni mai memperkenalkan diri sebagai tokei kedai tu. Gua ada la toleh sambil senyum saja. Lepas order smua makanan, pakcik ni pun memula kan kisah sejarah hidupnya, yang beranak, spuluh, ada cucu, anak engineer bagai la. Gua tak berkata sepatah pun, takut nak menyampuk kang kene tiau sama mak apak gua.
So kebetulan gua bawak ipad pada ketika itu, dan disebabkan gua ketagihan main game tembak rusa macam ketagihan yang parah, gua main je la sesambil toleh pakcik yang berdiri bebetul sebelah gua sambil sesenyum. Dan sehingga tiba lah satu part yang aku rasa agak merepek benar pakcik ni, perbualan nya sperti ini:
Pakcik saiko: Anak abang ni bongsu ke? (nmpk sangat gua kelihatan muda fuuuuuuuuuuuu)
Apak gua: tak lah, ni yang sulung
Pakcik saiko: dah kawen ke?
Apak gua: bujang lagi
Pakcik saiko: umur berapa?
Apak gua: Dec ni 30
Pakcik saiko: ooo anak saya yang keempat tu paling masalah, lain macam degilnya.
*gua toleh sambil senyum senyum, maknanya gua dgr la cerita lu walaupun gua bizi tembak rusa.
Apak gua: Selalu macam tu la, dalam ramai ramai mesti ada sorang yang lain macam sikit
Pakcik saiko: Macam ni la (sambil pandang gua), masa kita cakap ngan dia, sibuk la dengan enpon la, ipad la, dulu zaman kita mana ada camni.
Apak gua: #senyum je
Gua dah macam ko kenapa pakcik gila tua kerepot?! dengan gua ko nak cari gaduh plak?! Ikot hati gua nak je libas orang tua ni dengan ipad. Tapi nanti tak manis la di pandang masyarakat setempat. Nasib menyebelahi lu la pakcik. Dan secara auto muka gua turn into kelat. Malas aku nak pandang muka orang tua kerepot saiko ini. (dah abis marah dah ni pasal tu font kaler merah mak jah)
Makanan pon sampai, dia terus berambus, tapi sehabisnya kami makan, eh dia mai lagi, "nak order air panas tak?" sudah la kau pakcik, demi sahaja menaikan penjualan kedai lu, lu promo macam macam. Boleh blah. Seraya apak gua mahu buat pembayaran, gua capai kunci kereta terus masuk dalam kereta, nanti tak pasal gua nak kene bersalam dengan pakcik saiko ini lalu kelihatan fake pura pura nice. pls dong. ok dah tu je. Pasni takkan ke kedai tu lagi. Lu sangat merengsakan.
*Lebih kurang camni la rupa pakcik tua kerepot saiko gila maniac tu* |
Farid kata: harap gua dah tua nanti, takde la berperangai memalukan camtu. Huh
1 comment:
wakakaka...pacik tua penyibuk...
Post a Comment