Haaaaa dah sampai penghujung pun cerita KT ni, di hari ahad, kemas kemas lingkungan jam 1130 kami pun cek out. Dalam perjalanan duk mencari cari mana lah tempat nak breakfast, tapi gua sedapkan hati tak pe jalan je selagi tak jumpa tempat breakfast jangan berhenti. Pastu ada satu tempat ni gua tak ingat apakah namanya tapi sebelum sampai Cherating la, ada kawasan pembinaan, tak tau la nak bina apa, tapi ada sebuah pasaraya Giant yg telah siap di bina di tengah tengah out of nowhere.
Jangan nak kata ini adalah Giant bunian yer, pukul kang. Tapi Giantnya mmg sedih, Selain ada super market, ada farmasi Guardian saja, ada sebuah kedai makan dah melingkup agaknya tutup terus, mungkin tak laku langsung.
Dalam keadaan pasrah teruskan perjalanan. Sampai satu tempat Nama nya teluk mak nik kowt, dalam bahasa inggeris nya, monica bay, haaa betul kat papan tanda tulis. Gua bukan main main. Ini kali pertama gua jumpa pantai yang mempunyai nama dalam bahasa inggeris. Hebat oh. Disini banyak kedai menjual keropok lekor. Jadi singgah lah kita yo. Sebelah kedai keropok lekor tu ada kedai makan, jadi makan nasik ayam lah pula. Selesai makan, beli keropok lekor dan sambung jalan lagi.
*Gambarnya kekuningan adalah kerana bumbung canopynya bewarna kuning* |
*pssttt nasik ayam nya tak sedap, tp disebabkan lapar, gua pulun jugak* |
Lepas masuk highway, stereng bertukar tangan, dah dua jam memandu skarang turn Kemal pula. Gua bersenang lenang duduk kat sebelah. Dengan secara tiba tiba gua teringatkan ikan patin. Msg la sama Nok, cis langsung tak membantu, dia pun tak ingat hentian mana. Hentian pertama gua suh kemal berenti, makan nasik lauk ikan patin lah kita. Tapi tak banyak org jual. Ambil sepotong, share sudahlah. Rm8.50 siap dengan nasik dua tambah telur masin. Murah la jugak, sbb dulu gua makan ngan maya sopiah sepotong rm12. Balun je janji ikan patin. Gua rasa hentian temerloh adalah jual banyak ikan patin ini. tapi hentian temerloh adalah 70 kilo dari hentian ini, adui.
Kami sampai di KL agak kelewatan kerana jammed cam tehapa dari Genting Sempah hingga ke KL. Tapi sib baik kete auto, layan je la sambil menyanyi nyanyi dalam kereta. Haaaaaaaaa fuuuuuuuuu abis jugak entri kali ini. Sampai KL Kemal nak makan roti canai pula sudahnya, ke Mahbub la kita kerana berdekatan dengan rumah, nikmat gila dapat teh tarik dengan roti canai. Gua slalu bikin entri jalan jalan sangkut kat entri last, ini kali punya hal, gua dapat habisi. Sila berdiri dan tepuk pengakap. Ok, pada lu orang yang belum pernah sampai ke Kuala Terengganu, eloklah lu orang pergi. Ostolia, Bali smua korang dah pegi, Kuala Terengganu tak pernah pegi adalah keji. Ok babai.
Farid kata: Bukak planner dan mula planing for dec getaway.
Published with Blogger-droid v2.0.6
2 comments:
sib baik aku belum penah gi ostolia. jadi tak sentap sangat.
teringat ikan patin kita makan dulu.
aku tanya kau, kalau ratah ikan je boleh ke?
kau kata nanti kecacingan uolls.
heee..
Sib baekkkkkk lol. Eh kata org tua tua kata la kalau makan ikan camtu je kekacingan nanti, katanyaaaaaaaaaa
Post a Comment