Monday, April 15, 2013

Cerita sabtu



*Beria la Pijan menyuap ikhwan makan, yer tangan kiri Pijan ni retak dan disimen, tapi sebelah tangan pun boleh menyuap ikhwan, syabas pijan*


Last week gua balik pd, sama ateh, tasya ngan pijan, adik ngan ikhwan mai kl pikap kami smua. Pastu sampai pd singgah makan malam. Tujuan beramai ramai ke Pd adalah untuk kenduri membaca tahlil dan menyambut harijadi auntie gua.

*Haa berjubah sudahnya, ni pun puas pujuk memakai, mungkin rasa janggal kot, mana pernah berjubah ni smua, usah kata ikhwan, paklong pon tak pernah berjubah lol*

Tempat penginapan adalah di PD golf club, adik yang berpengalaman disana menguruskan segalanya. Dari bilik, dewan sembahyang hingga ke makan makan. Semua adik beradik arwah mama ada. 


*Kemana je la pak aji ni nak tawaf*

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, pagi selepas breakfast smua check out dan saya ingin mengucap berbanyak terima kasih kepada seisi keluarga arwah mama kerana sudi hadir. 


*Ni ari ahad punya hal, duk melayan ikhwan main khemah khemah la, main bomba bomba la, then  ada dalam keek saya, silalah cekidaut, username farikh82*

Farid kata: Rasa kejap je abis weekend

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis