*Amni adalah nanges nanges bila letak dalam rocker*
Last saturday, gua ngan adik menemani kemal ke Matrix Concept yang letaknya di Seremban. Gua adalah pernah pergi sekali sahaja, tu pun masa beli umah la. Pastu dah lupa mana letaknya tempat ini, lalu membawa adik sebagai juru arah. Tujuan kesini adalah untuk menemani kemal yang ingin membeli umah.
*Alex si jurujual rumah tengah memberi penerangan kedudukan umah yang ingin dibeli*
Ok projek matrix ini adalah sangat besar yer anak anak, letak nya di Sendayan. Kat mana sendayan tu? letaknya sebelah Labu, kat mana Labu tu? errr kira dorang ni semua berjiran dengan Seremban 2, ok paham? Umah umah mereka jual adalah besar besar yo, rege pon kalau tarap tarap gua ni, mau abis sebulan potong gaji nak membayonya. Kemal adalah tokei so dia tak kisah, janji berumah katanya.
*Macam kan bergambar ngan retis*
Lama lah jugak duduk kat dalam Matrix ni punya opis, so lepas tu, bertiga ke Jusco Seremban 2, dengan tujuan membeli buku buku mengguna voucher. Haa adik bagi kami voucher sorang rm50. So sakan la membeli, gua dalah tiga buah buku, tajuknya Mudahnya menjemput rezeki, Saat kita diuji dan Anak Mat Lela gila. Nanti gua review satu satu buku buku tersebut.
*Tok ti membetul selendangnya, Kemal tgh buat congak kira kira yg tak berkesudahan kot*
Pastu pi makan Pizza Hut, then tapau KFC untuk mereka dirumah. Lalu ke supermarket JJ plak nak membeli beras dan segala mak neka barang dapur. Dah settle segala kat Jusco, marilah berangkat pulang.
*Oh gua juga membeli sticker ini*
*Mendengar kan Ikhwan mendendangkan lagu apo kono eh jang (Video nyanyian ada dalam Keek gua yo)*
Farid kata: Sakit gigi plus sakit kepala
No comments:
Post a Comment