Usai makan tengah ari, nok gemok suh jalan lagi, jangan balik banglo, nanti smua tido, erk hello, tu korang bukan gua, nok gemok ngan kemal mmg kaki tido ya. Letak kepala terus dengkur macam dah tidor 4 jam yang lepas, walhal baru letak pala tak sampai 2 minit. Hebat syabasssss.
Pastu jalan jalan ke paddle boat, gua pasti la tak kuasa nak naik, nak berkayuh bagai dah la pas makan, lagian gua dah naik mendalah tu lebih nam kali kot. Oh ya mak apak gua dulu keje kat fraser yo. So ada few things kat sini sudah membosan termasuk paddle boat.
Pastu sebelah paddle boat ni ada tempat tanaman sayuran. tapi tempatnya macam hidup segan mati tak berapa mahu lah jua. Ada juga jualan sayur tapi haram kut gua beli. Ada jual tomato la, kepsikum la, terung la dan kobis juga eh kacang boncet pon ada. Boncis oi
*Ini adalah sebahagian rutin mejik gua bersama sayur sayuran*
*Ikan ikan di tasik paddle boat ni gemok cam nok gemok*
Dari paddle boat terus ke tempat memanah, tempat ni bukan sbelah sbelah yo, kene naik kereta baru sampai. Pastu nak memanah pula. Haaaaa nanti kalau lu orang jumpa nok gemok mahupun kemal, lu orang tanya siapa yang paling banyak dapat markah?! *fuuhh fuhh hembus kuku.
*Kemal sedang menerima tunjuk ajar ringkas, tapi brader ni tak ajar kat gua pon, cis*
Bayaran adalah rm8 untuk sploh anak panah. Oooo tapi serius sakit jari woh, tapi tak pe janji kemenangan didalam genggaman. puiii Brader yang jaga sini juga sedia membantu dan memberi tunjuk ajar, tapi buat cukup syarat je. Sib baik ada sorang lagi pakcik mai, dan pakcik adalah baik hati kerana bersungguh mengajar hingga kami berjaya ke puncak menara gading.
*Tak pernah dibuat orang memanah pakai spek hitam mal oi, nok gemok plak terbabas ntah kemana mana anak panahnya*
*Naib juara bergambar dengan markah nya. Tempat ketiga tak mo bergambar langsung, merajuk gamaknya. Nok kata kalau dia pi memburu rusa tak main panah panah, dia tembak je*
*sang juara mengambil dengan riaknya, dari sepploh anak panah, satu je terbabas ntah kemana tak melekat kat papan ni. Tapi apa pun yang penting diri sendiri isyhtihar juara lolololol korang mampu?*
Usai memanah, cam nak menunggang kuda plak, tapi malas nak beratur. Jadi moh la kita balik yo. Mandi mandi bersiap nak BBQ bagai. Ok sambung laie...
Farid kata: Psstt tshirt biru tu baru beli hehe
No comments:
Post a Comment