Wednesday, April 10, 2013

Fraser Hill 5 - FIN


Malam adalah tidur dengan tak berapa nak lena, kejap kejap jaga, Kemal tido katil sebelah ada dedengkur sudah, nok gemok kat ruang tamu pon dedengkur juga. Pastu bangun dalam kul lapan lebih, siap breakfast apa yang patut. Pastu nak jalan jalan ukur jalan. 

*Mencanak kau bukitnya nak naik*

*Masih dengan kegonjengan berambut pendek*




Dah menjelang pukul 11am marilah kita berkemas kemas sbelum mengcek out. Nak kemas kejap je sbb kami tak menggunakan bilik atas, smua duk kat tingkat bawah banglo sahaja. Pastu pusing town skejap, sama cam tourist lain gegedik la nak amek gambar kat jam ini, mercu tanda katanya. 

*Pose "sandar tak sandar" nama diberi*

*Nok gemok suh gua berdiri di anak tangga bawah nak selari kan ketinggian, pigidahh*

*kemal cakap "jom aku banjer makan kat hotel""*

*Nok tengah kempen*

Jalan menghala turun, nok kata benti kat jambatan panjang ni. Yer dulu gua ulang alik kat Fraser ni tak gamak benti kat mana mana. Jadi ni dah jadi pelancong wajib kepochi smua tempat pelik. 

*Gayat gayat gayat*

*Tak berani ke belakang lagi, takut jatuh terjun*



*Masa snap gambar tak rasa gayat, bila tgk balik gambar ni, baru rasa gayat tehapa*


*Gua kata "Mal, kalau aku tolak ko, jatuh matik tak?"*

Pastu ada air terjun kat bawah ni, benti lagi amek gambar. Pastu teruskan perjalanan, gua punyalah kontrol tak mo muntah dan akhirnya berjaya jua tanpa muntah, Alhamdulillah.





Dah samapai kuala kubu, pusing pusing cari kedai makan. Singgahlah kedai mamak je. Dah itu je yang bukak ari ahad, kedai melayu smua meniaga ikot opis hour agaknya. Tak pe janji perut terisi. Then dari kuala kubu masuk bukit beruntung terus ke highway dan cam biasa jalan jammed cam tehapa dengan hujan lebat berbagai bagai. Singgah bank drop nok, dan kemal hantar gua balik bangsar lalu mencuci kereta juga di bangsar lalu beliau terus pulang ke rumahnya. 

Ok entri adalah panjang melebar, tapi serious keseluruhan entri adalah mengikut turutan, tak de skip skip. Mmg syunc abis ni, ok dah tu je. Sehingga ketemu lagi di rancangan akan datang. Baibai!

~FIN~

Farid kata: Lima entri untuk dua hari punya cuti. Kalau pi Madrid nanti mau tiga ploh entri nak kaver. Pink Sun. Bai


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis