Malam selasa lepas, gua pi makan nasi arab ngan zerul ngan ikin. Letaknya kedai ini kat Cyberjaya sana. Serious gua tak de idea camna nak ke kedai ini, dah la malam, tak bawak spek plak, sib baik zerul yang mandu.
Gua adalah mengambil haneeth chicken, Zerul amek Haneeth lamb pastu ikin amek Maghdut Chicken. Yang ikin punya nasi dia cam lain sikit, tak sama ngan nasi gua ngan zerul. Harga nya adalah berpatutan, dan portionnya mmg banyak gila. Kalau ikut gua mmg kene makan dua orang la.
Total untuk 3 orang makan adalah rm45 sahaja. So pada lu orang yang ke Cyberjaya sila lah singgah di kedai ini, ada juga kedai arab yang lain. Oh lupa, kedai ini juga ada delivery yo, tapi tak tau la dia cas berapa lak.
Farid kata: nowadays, asal pagi je perut pedih macam hapa je
No comments:
Post a Comment