Tuesday, April 9, 2013

Fraser Hill 4



*Terbakar misai ko kang bok baru tau*

Balik dari memanah, sempat la tido barang sejam dua gitu. Pastu gua kompang satu banglo suh bangun. Gamaknya dah nak dekat maghrib. Kang dah gelap baru terkial nak nyala api bagai. Oh untuk pengetahuan lu orang, jikalau mau berbbq, sila la beli stater api ye. Kalau tak ini lah padahnya, rujuk gambar nok tgk mengembus bagai nak gila, pakai paper berkati kati, tapi tak nyala nyala gak. Last last curah minyak masak baru nyala. Tu pun stelah smua mampir naik hantu.



Permulaan harus la bakar ayam, sbb nak tunggu ayam masak like a zillion years. Pastu baru letak ikan, udang dan sebagainya. Yang dahsyatnya, nok ngan kemal bakar, gua pos pos nyanyi nyanyi sambil merokok, this is life. Daging burger kambing serious sedap na pengsan bangun pengsan bangun. Mmg sedap teramat lah.



Kat banglo ni ada kucing betina, ok mmg comel. Tapi beliau ada selsema, serious takut. Dalam otak duk pikir sama bahaya ngan selsema burung. tehapa hapa. Tapi kesian sbb dia lapar. Tapi tak pe, tunggu kejap ayam tgh masak, nanti kita bagi makan yer. Suara ngiau-an upama speaker rosak, mungkin sebab selsema tekak sakit la kut ek. Owh kemal panggil kucen tu, boboboi walaupun dia pompuan, tak paham.


*Dia malu pasal tu dia tunduk je bila cakap jom bergambar*


*Api! Api! kipas oi kipas kang rentung!*

*Sedih tgk ikan cencaru tu, tapi percayalah mmg sedap, kalau lu orang nak buat majlis BBQ buleh upah kemal ngan nok, dorang pandai*


*Kemal cam dah selesai makan, nok masih memakan lagi.*


*Nampak cam bersantai kan? tapi sebenarnya ketakutan nak masuk banglo sensorang, jadi pos pos je tunggu dornag abis makan*


*Wah wah kau, dah bagi makan kenyang, bersegama pula ye kau ini*


*Selepas melihat kucen bersenyawa, kumbang pon nak jugak, ishkkk*


*Ular! ular! larii!!*

Dah abis makan, kemas kemas la apa yang patut. Kemal tgh basuh pinggan tetiba nampak ular, gila geli. Pastu dah smua masuk umah, mandi cuci muka segala, pastu tgk movie Thor, cerita lama kot, tapi layan je la. 1230am masuk tido sbb takut nak tgk tv lelambat. ok bye

Farid kata: Senang lenang sungguh lately nih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis