Monday, April 29, 2013

Kempen, tamagotchi, kipas dan carutan



*kami tak berkempen, tapi kami suka baring tgk kipas berpusing, kan Amni*

Assalammualaikum smua,

Hari ini nak cerita pasal kisah kempen berkempen. Sempena pilihan raya yang bakal menjelang, banyak lah bendera bendera dan poster terpampang muka muka calon di gantung disana sini. Banyak juga pokok buluh dikorbankan demi sahaja dijadikan tiang bendera.

Entri kali ini nak mengajak korang renungkan apa yang telah terjadi dan renungkan apa yang bakal terjadi. Di zaman serba serbi moden ini, banyak medium medium yang canggih digunakan demi sahaja untuk berkempen, meraih undi dan sebagainya. 

Kita ambil contoh paling mudah, sebilangan besar dari kita pasti punya facebook kan? malah anak anak kecil seawal umur 7 tahun hingga ke atuk nenek berumur 80 thn mempuyai akaun facebook. Dan facebook ini digunakan untuk berkempen, meraih undi dan sebagainya.

Tidak pernah menjadi kesalahan untuk berkempen dan meraih undi, tak kiralah apa jua medium yang digunakan. Tapi suka saya ingtakan sini. Cara berkempen itu adalah menetukan segalanya. Sebagai contoh, anda tidak perlulah, mencaci, menghina, mengherdik, mencela dan lebih parah lagi mencarut, demi sahaja meraih sokongan parti yang anda sokong. 

Cuba bayangkan, anak anak kecil membaca dan sterusnya berkongsi status yang anda tuliskan. Apa perasaan anda? Marah? Saya cuba bersikap natural disini, saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Tapi apa yang kita baca hari hari di Facebook, twitter amat mengecewakan. Bayangkan apa yang akan terjadi 5 tahun di hadapan. Mungkin carutan, celaan dan hinaan seupama ini akan berterusan setiap kali tiba musim pililhan raya? 

Saya ada membaca status yang dikongsi oleh kenalan di Facebook, di mana beliau menyama kan penyokong parti lawan seperti anjing. Kurang enak di baca bahkan terbayang bagaimana lah perasaannya tatkala menulis status berkenaan? Adakah beliau mendapat bayaran yang lumayan? Adakah beliau mendapat jaminan kebahagiaan seumur hidup di tanah Malaysia ini?

Kita dikurniakan akal, dan disini lah akal itu berfungsi, bahkan jikalau boleh smua tindakan kita seharian, di ketuai oleh akal dan bukannya nafsu. Banyak lagi status dan juga gambar yang dikongsi berunsur carutan bahkan makian. Tak perlu memburuk burukkan orang lain, kerana orang lain juga mempunyai hati sama seperti kamu. Tiada pengecualian untuk kamu mencela samada kamu berkempen berlandas bangsa, agama mahupun fahaman.

Susahkah untuk menulis yang baik baik disamping berkempen? Ada juga yang menyindir upama mempertaruhkan nyawa nya pada pilihanraya kali ini. Berbaloi kah? Saya bukan lah pakar politik mahupun penganalisis politik, saya hanya manusia biasa yang bersusah payah hidup dengan baik di muka bumi ini. 

Terima kasih

*buat masa ini tamagotchi lapan belas kali best dari membaca status kat fb*

Farid kata: Setiap hari berdoa supaya ditabahkan hati ini.


2 comments:

TiNiE said...

setuju!
saya pilih keamanan, saya pilih mengundi ;p

farikh said...

pilihan ditangan anda. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis