*Ini adalah seawal 630am*
Lalu singgah di pekan rawang nak breakfast, dan gua bersungguh sungguh ingatkan diri supaya jangan minum teh tarik sbb nanti takut kemuntahan dalam kete lalu. Pastu minum teh o je. Sbelah kedai mamak ni adalah Tesco. Jadi elok benar lah singgah kerana keperluan mau membuat BBQ tak di beli lagi. Semangat pukul 9 dah masuk Tesco. Nok kata pakcik pakcik sangat pegi supermarket pepagi.
*memilih ayam dengan bergaya*
*err kemal pakai singlet sbb gua lupa nak update ngan dia yang kami tak jadi tracking, ehehe m sorry Mal*
Pastu dah capai troli apa ek beli? Peha ayam 4 ketul, tight plak 4 jugak, udang stengah kilo, ikan cencaru empat ekor, Sosej cis, sosej cili, Daging burger kambing, daging burger lembu, Sos heinz nak marinate, sos cili pastu dah tak ingat apa lagi amek dah.
*tokei penternak udang gayanya*
Seriously berbelanja ikot bajet dan surprisingly mmg ngam ngam rm150, fuuuuuuuu ajaib ajaib ajaib sungguh. Pastu dah sumbat smua barang dalam kete, marilah mulakan perjalanan.
*dua orang ni sesibuk masukkan barang lam kete, gua duk tepi pos pos hisap okok, bye*
Alhamdulillah sesampai di Fraser dalam tgh ari camtu, dan tak muntah lol itu penting. Tapi disebabkan gua memandu, jadi kemungkinan untuk memuntah akibat kepeningan itu adalah amat tipis.
So sambung..
Farid kata: Tak payah sangat nak trolling orang kat FB ke, twitter ke, tak baik la
No comments:
Post a Comment