Tuesday, September 18, 2012

Tanjung Lumpur yang murah dan sedap kemain


*Dengan apak kesayangannya*

Ok cerita ini akan bermula dengan tonggang langgang. Jadi lu orang baca sahaja dan jangan pertikaikan nya. *mode garang* Sempena cuti satu mesia tempoh hari, gua satu kelorga sudah decide mahu ke Kuantan. Baru gua tahu rupanya lu orang boleh ikot jalan dari seremban, kuala pilah, muadzam shah lalu terus ke Kuantan. Perjalanan mengambil masa empat jam, yer empat jam melalui jalan kampung adalah satu kehazaban sangat menyiksa zahir dan batin. 

*dalam gambar sotong tu jadi super kuning pula*

Sesampai di Kuantan, kami ke Gambang, yakni sejenis water park, itu gua cerita lain story sbb gua ada sebakul carutan hendak diberi. Selesai di Gambang nan gampang itu, kami smua ke pekan kuantan, Ibam adalah hebat disini kerana sudah berkali kali bekerja disini. Oh ya adik laki laki gua ini kerja serata mesia. Jadi segala ceruk rantau dia tau. Pusing punya pusing kata ibam ke satu kedai western belakang balai polis, ujung ujung kedai tu dah melingkup, tak tau tutup atau berpindah ke apa. 

*Beria benar ikhwan memakan*

Next destination adalah Tanjung Lumpur. Adalah tepian pantai, mempunyai deretan kedai seafood, pepandai la korang nak pi kedai mana satu. Kami ada tereksiden masuk satu kedai secara tak sengaja. Gua ngan Ibam pegi pilih ikan ikanan, jadi gua pilih Ikan merah besau, sotong besau dua ekor dan Udang utk dimasak sambal petai. lauk lelain di pilih oleh mereka yang masih di meja makan. 

*mak dan anak kesayangannya sedunia*

Semua lauk pun adalah sedap dan menyelerakan. Dan paling mengejutkan harga nya sangat sangat berpatutan. Enam orang makan adalah RM113 sahaja dan diberi diskaun jadilah rm110. Murah kan? Makanan pun sedap, so double hebat disitu. Ok.

*dik, dah rupa resaksa kekdahnya kau menyuap*

Dah selesai makan makan, berangkat lah pulang ke KL, ini kali tidak lah melalui jalan yang kami lalui sewaktu datang ke Kuantan. Masuk highway terus sahaja. Ok dah, nextttt....

Farid kata: Sayang kan diri anda sebelum anda menyayangi diri orang lain ya. Pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan oleh parid manjora.

1 comment:

TiNiE said...

Menjawab Farid Kata : Baeekkk. InsyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis