Isnin, 1 April 2013
Aku pergi kerja seperti biasa, tumpang kak tin, sampai ofis macam biasa aku pegi beli breakfast. Lepas makan terus ke tandas, balik tandas, ada missed call. tgk nama, nama baba. Dalam hati, oo mungkin baba datang HQ nak ajak minum kot, tak pe, kejap lagi return la kol. Selang few seconds, fon ofis berdering, "Hello JKK" kata gua, "Bang, balik skang" dengar suara baba. Err kenapa lah, tanya aku. Balik je la, kata baba. Aku balas, kena la tahu sebab dulu sebelum ambil cuti kecemasan, "mama tak bangun tidur ni" kata baba dengan nada tenang. Pantas minda aku fikir mungkin mama terlalu penat, tapi tak pe la, aku pulang sekarang juga.
Aku jumpa bos minta kebenaran, lepas tu kol akmal, nak pinjam kereta. Kebetulan lepas aku maklumkan pada kemal, dia nak ikut juga. Alhamdulillah ada kawan nak balik PD. Sambil memandu, kemal kata "Yiet, kol la adik ko tanya kat hospital mana?, nanti senang terus ke hospital". Aku capai telefon dan kol Ibam. "bam, mama kat hospital mana?" tanya aku. "Mama dah tak de bang" kata ibam sedu sedan menahan sedih.
Waktu tu rasa jantung aku kene rentap, air mata terus mengalir laju, mulut kelu, stereng di tangan ke kanan dan kekiri. Ini bukan mimpi.
Sampai di rumah, ada beberapa anggota polis lelaki di luar, aku lari terus masuk rumah. Dan terus ke bilik, yer mama terbaring kaku, mukanya di tutup dengan kain tudung putih. Nampak bayang bayang muka nya disebab kan tudung tersebut jarang. Adik di sisi katil menangis. Aku cuma mampu ucapkan sabar pada adik. Air mata aku turun dengan laju.
Aku ngan kemal kluar ke pekan mencari kain batik lepas, bunga segar, beberapa surah yasin. Pulang dari pekan, sudah ramai berada di perkarangan rumah. Maya, Zalmi, kak tin dan ramai lagi rakan sekerja. Adik masih didalam rumah membaca yasin di sisi mama, ibam menguruskan makanan untuk yang hadir. Yer aku agak kaku. Kaku tak tahu apa nak buat, apa nak fikir. Tika tu kalau ada mama, mesti dah jerit nama mama pastu tanya apa nak buat lagi. Tapi jeritan nama mama tak akan bersahut lagi.
Waktu memandikan jenazah, aku duduk di sudut kaki. Sedihnya mmg tak tertanggung. Melihat mama terbaring kaku dalam tempat mandian itu. Aku sempat curah kan beberapa gayung air dikaki mama, mengurutnya beberapa kali, dan terus keluar dari situ, dah tak tahan sedihnya. Adik mandikan dan kafan kan mama dengan bantuan nenek dari masjid berdekatan dan juga sanak saudara mama dan baba. aku duduk disatu kerusi sambil termenung. Itu je yang mampu aku lakukan masa tu.
Rakan rakan pejabat smua sudah pulang ke pejabat, mujur ada kemal dengan nok disisi. Setelah siap dikafan kan, Jenazah mama diangkat untuk di masukkan ke dalam van jenazah. Tujuh kali langkah berserta 7 kali bacaan alfatihah, pengakhiran perjalanan mama dari rumah kami dan permulaan perjalanan baru di alam lain. Yer mmg aku mengaku airmata waktu tu mmg tak tertahan, mengalir laju tatkala mulut berkumat kamit membaca al fatihah.
Terus ke Masjid teluk kemang di sembahyangkan disana, selesai dan terus ke tanah perkuburan Teluk Kemang untuk dikebumikan. Alhamdulillah jenazah mama selamat dikebumikan selepas solat Asar.
Masih berbaki rasa sedih, tapi setiap kali punya kesempatan berdoa, hanya satu yang aku inginkan, aku ingin tabah sama juga pada baba, ibam, adik, jalina, ikhwan dan amni, kita semua harus tabah.
Firman Allah subhatanahu wa taala lagi dalam surah al-an’am ayat 2 yang bermaksud : “ Dialah Allah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajalnya. ( tempoh kematian kamu ).”
Apabila mayat dibawa keatas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
- Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
- Hai anak Adam amat berungtulah (berbahagialah) kamu jika amal mu baik.
- Hai anak Adam amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah swt - dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah swt.
Pada kamu yang masih mempunyai ibu, segeralah menyayangi mereka, segeralah berbakti seolah esok adalah hari terakhir bersama ibu kamu. Begitu juga dengan dengan bapa. Sayangi mereka ibarat itulah harta yang kita miliki.
Alhamdulillah, Tahlil untuk tiga dan hari ketujuh telah selesai. Terima kasih aku ucapkan pada yang hadir dan menghulurkan bantuan. Terima kasih aku ucapkan.
Ayiet sayang mama sampai bila bila.
Farid kata: Jumaat, 12 April 2013 adalah harijadi arwah mama ke 60 ;(